Kewajipan Pemegang Tauliah

    Apakah kewajipan seseorang pemegang Tauliah?
    Selaras dengan peraturan 23, Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, pihak Tuan/Puan hendaklah menjalankan kewajipan Pemegang Tauliah sebagaimana berikut:
    1. memberi ceramah umum mengenai apa-apa aspek Agama Islam atau mengajar Agama Islam berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Ijma’ dan Qias;
    2. berakhlak mulia dan amanah;
    3. menjalankan daya usaha untuk mengekalkan, memperbaiki dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan masyarakat Islam dan menggalakkan orang Islam meninggikan taraf hidup dan ekonomi serta menambahkan amalan dan takwa mereka kepada Allah;
    4. tidak memfitnah saudara Islam yang lain; dan
    5. mematuhi undang-undang atau apa-apa arahan, larangan atau perintah yang diberikan oleh MAIS dan Jawatankuasa dari semasa ke semasa.