TATACARA PERMOHONAN

PENDAHULUAN

Maklumat ini disediakan sebagai panduan kepada mana-mana orang yang ingin membuat permohonan Tauliah Mengajar Agama Islam di Negeri Selangor melalui Perkhidmatan Digital Tauliah Mengajar.

MAKLUMAT UMUM

  • Semua permohonan Tauliah Mengajar hendaklah dibuat melalui Perkhidmatan Digital Tauliah Mengajar.
  • Permohonan Tauliah Mengajar (baharu / tambah kategori) boleh dibuat pada 1 Hb hingga 10 Hb setiap bulan.
  • Permohonan membaharui tauliah mengajar hendaklah dibuat tidak lewat dari 3 bulan sebelum tarikh tamat sah tauliah.
  • Bayaran Fi adalah seperti berikut:
    Butiran Fi (RM)
    Kad Perakuan Tauliah Digital 50.00

TATACARA PERMOHONAN

A.Tatacara permohonan bagi orang yang memenuhi syarat kelayakan

  1. Daftar akaun pengguna melalui Perkhidmatan Digital Tauliah Mengajar.
  2. Semak syarat kelayakan permohonan.
  3. Lengkapkan borang permohonan.
  4. Menduduki Ujian Penilaian.
  5. Menghadiri Temu Duga.
  6. Tunggu keputusan Jawatankuasa.

B.Tatacara permohonan bagi orang yang tidak memenuhi syarat kelayakan

Permohonan ini boleh dibuat bagi mana-mana yang tidak memenuhi syarat kelayakan

  1. Bukan warganegara Malaysia;
  2. Berumur bawah 18 Tahun;
  3. Tidak mempunyai kelulusan dalam pengajian Islam sekurang-kurangnya di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia atau yang setaraf dengannya; atau
  4. Bermastautin luar Negeri Selangor.

Tatacara;

  1. Daftar akaun pengguna melalui Perkhidmatan Digital Tauliah Mengajar.
  2. Berumur bawah 18 Tahun;Lengkapkan borang permohonan.
  3. Tunggu keputusan Jawatankuasa.

PENUTUP

Semoga tatacara permohonan yang disediakan ini dapat membantu mana-mana pihak membuat permohonan. Maklumat lanjut berkenaan tatacara ini boleh dikemukakan melalui
e-mel : tauliah@mais.gov.my atau
talian telefon : 03- 5514 3512 / 3513

Setiausaha

Jawatankuasa Tauliah MAIS

TATACARA UJIAN

Sebelum Menduduki Ujian
  1. Melengkapkan Permohonan
  2. Membuat bayaran yang telah ditetapkan
  3. Menerima notifikasi untuk menjawab soalan pada bila-bila masa dalam tempoh 3 hari bermula dari sistem mengaktifkan butang ujian penilaian
  4. Memastikan capaian internet berada pada tahap yang boleh digunakan serta tidak mengganggu perjalanan ujian penilaian
Semasa Menduduki Ujian
    Ujian penilaian ini mengandungi lapan puluh (80) soalan daripada (2) bahagian iaitu:

  1. Masa menjawab yang diperuntukkan adalah selama 1 jam 30 minit sahaja
  2. Pemohon hendaklah menghantar jawapan sebelum tamat tempoh masa yang ditetapkan
  3. Sekiranya pemohon tidak menjawab atau menjawab selepas tamat tempoh yang ditetapkan atau menutup sistem, maka permohonan Tuan/Puan akan dibatalkan
  4. Pemohon DILARANG untuk membuat sebarang bentuk salinan, simpanan, tangkap layar atau sebar mana-mana bahagian dalam soalan ini
Selepas Menduduki Ujian
Pemohon boleh mengetahui keputusan ujian penilaian melalui notifikasi yang akan diberikan sejurus tamat sesi ujian. Pemakluman juga akan diberikan melalui emel pemohon Sekiranya lulus ujian penilaian, pemohon boleh memiloh tarikh temu duga yang akan dipaparkan oleh sistem

Setiausaha

Jawatan Tauliah MAIS

TATACARA TEMU DUGA

Tatacara Menghadiri Temu Duga Tauliah Mengajar Negeri Selangor

Sebelum Menghadiri Temu Duga

    Membuat persediaan/ ulang kaji perkara-perkara asas Fardhu Ain (Tauhid, Feqah, Tasawuf)
    Antara kitab yang boleh dirujuk bagi perkara asas Fardhu Ain adalah seperti berikut:

  1. Risalah al-Tauhid (Tauhid)
    Pengarang: Ustaz Abdul Ghani bin Yahya & Ustaz Umar Yusuf
    Penerbit: Al Hidayah Publication
  2. Idaman Penuntut (Feqh)
    Pengarang: Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya
  3. Hidayatus Salikin (Tasawwuf)
    Pengarang: Syeikh Abd al-Samad al-Falimbani
    Pentahqiq: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
    Penerbit: Galeri Ilmu
Semasa Menghadiri Temu Duga

    Bawa Dokumen asal seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan
  2. Sijil akademik
  3. Sekiranya pemohon kategori D2/M1:
    Kitab yang digunakan untuk mengajar atau belajar (bagi pengajian pondok);
  4. Sekiranya pemohon kategori D3/M2:
    Sijil al-Quran atau sijil talaqqi atau surat pengesahan mengajar al-Quran;
  5. Sekiranya pemohon kategori D4/M4:
    Sijil kemahiran atau ikhtisas dalam bidang yang dipohon

    Hendaklah mematuhi etika seperti berikut:

  1. Berpakaian sopan dan menutup aurat
  2. Hadir 30 minit sebelum waktu temu duga
  3. Membuat imbasan QR Code kehadiran yang disediakan
  4. Hanya pemohon sahaja dibenarkan masuk ke bilik temu duga
  5. Dilarang makan dan minum semasa sesi temu duga
  6. Dilarang membuat sebarang rakaman sama ada secara audio atau video
  7. Menetapkan fungsi telefon bimbit dalam mod senyap
  8. Dilarang membuat sebarang perkara yang boleh menggangu perjalanan temu duga
  9. Mengawal emosi sepanjang sesi temu duga
  10. Beredar segera setelah selesai temu duga
  11. Memastikan barang peribadi di bawah kawalan sendiri
Selepas Menghadiri Temu Duga
Keputusan permohonan Tauliah Mengajar akan dimaklumkan kepada pemohon melalui e-mel setelah diputuskan oleh Jawatankuasa Tauliah
PERHATIAN
Jawatankuasa boleh menolak permohonan tauliah mana-mana pemohon yang gagal membawa dokumen dan mematuhi etika temu duga yang ditetapkan

Setiausaha

Jawatan Tauliah MAIS