MAKLUMAT UMUM

    Berapa lama tempoh sesuatu tauliah diberikan?
    Tidak melebihi lima tahun berkuat kuasa dari tarikh ia dikeluarkan melainkan digantung atau ditamatkan lebih awal.
    Apakah hukum yang boleh dikenakan akibat kesalahan mengajar tanpa tauliah?
    Jika disabitkan bersalah, boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
    Siapakah yang boleh didakwa atas kesalahan mengajar agama Islam tanpa tauliah?
    1. Individu yang mengajar tanpa tauliah.
    2. Individu (penganjur) yang mengundang individu mengajar tanpa tauliah.
    Bagaimana orang awam boleh mendapatkan senarai nama penceramah yang bertauliah?
    Melalui laman web : tauliah.jais.gov.my
    Apakah punca kuasa bagi pengurusan Tauliah mengajar Agama Islam Negeri Selangor?
    1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
    2. Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.
    Adakah perlu tauliah jika mengajar agama di rumah untuk ahli keluarga sahaja?
    Tidak perlu tauliah dan tidak menjadi kesalahan jika mengajar agama Islam di dalam kediaman sendiri kepada anggota keluarga sahaja.