PENARIKAN BALIK TAULIAH

    Apakah yang menyebabkan tauliah mengajar agama Islam seseorang individu itu ditarik balik?

    Selaras dengan peraturan 17 Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, Jawatankuasa Tauliah boleh menggantung atau menarik balik sesuatu tauliah yang telah dikeluarkan kepada seseorang Pemegang Tauliah, mengikut mana berkenaan, jika Jawatankuasa mendapati bahawa:

    1. Pemegang Tauliah telah melanggar atau tidak mematuhi atau tidak menjalankan mana-mana terma, syarat atau sekatan yang dinyatakan dalam Tauliah;
    2. Pemegang Tauliah memberi ceramah umum atau mengajar pengajaran Agama Islam secara yang bertentangan dengan syariah atau aqidah Islamiah;
    3. Pemegang Tauliah memberi ceramah umum atau memberi pengajaran Agama Islam yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau bagi mengembangkan perasaan buruk sangka dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia;
    4. Pemegang Tauliah memberi tafsiran tidak tepat, keliru atau menyeleweng dari ajaran sebenar agama dalam ceramah umum atau pengajaran Agama Islamnya;
    5. Pemegang Tauliah tidak mematuhi apa-apa arahan, larangan atau perintah yang diberikan secara sah oleh MAIS atau Jawatankuasa; atau
    6. Pemegang Tauliah berkelakuan dengan cara yang mencemarkan Agama Islam.