PERMOHONAN TAULIAH MENGAJAR

    Bilakah permohonan tauliah mengajar dibuka?
    Permohonan tauliah mengajar dibuka pada setiap 1hb hingga 10hb setiap bulan.
    Bagaimana cara untuk memohon Tauliah Mengajar Negeri di Negeri Selangor?
    1. Daftar akaun pengguna melalui Perkhidmatan Digital Tauliah Mengajar.
    2. Lengkapkan borang permohonan.
    3. Tunggu keputusan Jawatankuasa.
    4. *Sila rujuk Tatacara Permohonan Tauliah Mengajar & Carta Alir Permohonan Tauliah Mengajar di muka hadapan Sistem.
    Apakah kelayakan yang membolehkan seseorang memohon tauliah?
    Seseorang yang ingin memohon Tauliah hendaklah memenuhi kehendak berikut :
    1. warganegara Malaysia;
    2. beragama Islam;
    3. berumur 18 tahun dan ke atas;
    4. mempunyai kelulusan dalam pengajian Islam sekurang-kurangnya di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia atau yang setaraf dengannya atau di peringkat sijil yang diperakui oleh Jawatankuasa;
    5. bermastautin dalam Negeri Selangor;
    6. tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik; dan
    7. tidak menjadi ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat atau Dewan Negeri.
    Apakah kategori tauliah mengajar yang ditetapkan?
    Kategori Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Selangor

    D1
    Tauliah Mengajar Berkitab yang membenarkan pemegangnya mengajar agama Islam secara berkala di mana-mana premis.
    D2A
    Tauliah Mengajar Al-Quran yang membenarkan pemegangnya mengajar keseluruhan aspek kemahiran Al-Quran di mana-mana premis.
    D2B
    Tauliah Mengajar Al-Quran yang membenarkan pemegangnya mengajar kemahiran asas Al-Quran di mana-mana premis.
    D3
    Tauliah Mengajar Umum yang membenarkan pemegangnya memberi ceramah umum berhubung dengan apa-apa aspek agama Islam di mana- mana premis.
    D4
    Tauliah Mengajar Bidang Khusus yang membenarkan individu yang tidak memiliki kelayakan seperti yang ditetapkan.
    Bagaimana jika seseorang itu tidak memenuhi syarat kelayakan? Adakah berpeluang untuk memohon tauliah?
    Permohonan Yang Tidak Memenuhi Syarat Kelayakan

    1. Permohonan ini boleh dibuat bagi mana-mana orang yang tidak memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
      • Bukan warganegara Malaysia;
      • Berumur bawah 18 Tahun;
      • Tidak mempunyai kelulusan dalam pengajian Islam sekuruang-kurangnya di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia atau yang setaraf dengannya; atau
      • Bermastautin luar Negeri Selangor.
    2. Urus setia akan membawa permohonan pengecualian dalam Mesyuarat Jawatankuasa untuk pertimbangan.
    3. Sekiranya permohonan pengecualian diluluskan oleh Jawatankuasa, pemohon akan diberi notifikasi melalui e-mel dan boleh meneruskan permohonan mengikut prosedur yang ditetapkan.
    Adakah perlu tauliah jika mengajar agama di rumah untuk ahli keluarga sahaja?
    Tidak perlu tauliah dan tidak menjadi kesalahan jika mengajar agama Islam di dalam kediaman sendiri kepada anggota keluarga sahaja.