UJIAN PENILAIAN

    Bilakah saya boleh menduduki ujian penilaian?
    Sekiranya pemohon memenuhi syarat kelayakan dan telah melengkapkan permohonan, sistem ini akan mengaktifkan butang Ujian Penilaian dan memberikan notifikasi kepada pemohon untuk menjawab soalan pada bila-bila masa dalam tempoh 72 jam sahaja.

    *Sila rujuk Tatacara Pelaksanaan Ujian Penilaian Tauliah Mengajar Secara Dalam Talian (Online).

    Apakah yang dimaksudkan gagal dalam ujian penilaian dan adakah pemohon boleh memohon semula jika gagal dalam ujian tersebut?
    1. Pemohon dikategorikan sebagai GAGAL apabila:
      1. TIDAK menjawab soalan dalam tempoh yang ditetapkan; atau
      2. TIDAK melepasi tahap minimum markah lulus.
    2. Tempoh boleh memohon semula terbahagi kepada 2 :
      1. GAGAL KALI PERTAMA – boleh membuat permohonan semula selepas 3 bulan dari tarikh keputusan ujian.
      2. GAGAL KALI KEDUA & SETERUSNYA – boleh membuat permohonan semula selepas 6 bulan dari tarikh keputusan ujian.
    Berapakah jumlah soalan dan tempoh masa yang ditetapkan bagi menjawab Ujian Penilaian?
    Pemohon hendaklah menjawab 80 soalan dalam tempoh 1 jam 30 minit daripada 2 bahagian:
    1. Bahagian A – 50 soalan Fardhu Ain
    2. Bahagian B – 30 soalan Nilai