TATACARA UJIAN PENILAIAN
| SEBELUM MENDUDUKI UJIAN |
- Individu telah selesai lengkapan permohonan dan bayaran fi.
- Menerima notifikasi untuk menjawab soalan pada bila-bila masa dalam tempoh 3 hari (72 jam) bermula dari sistem mengaktifkan butang ujian penilaian.
- Sekiranya tidak menduduki ujian dalam tempoh 72 jam, individu tersebut dianggap GAGAL dan sistem akan menyekat permohonan selama 3 bulan.
- Paparan masa menjawab boleh dilihat di skrin individu seperti paparan berikut:
| UJIAN PENILAIAN TAULIAH MENGAJAR SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) | Baki Masa: 2 Hari 23 Jam 58 Minit 25 Saat |
| Masa Menjawab | 1 jam 30 minit |
- Memastikan capaian internet berada pada tahap yang boleh digunakan serta tidak mengganggu perjalanan ujian penilaian.
- Membuat persediaan ulangan bagi perkara asas Fardhu Ain (Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf). Antara kitab yang boleh dirujuk bagi perkara asas Fardhu Ain adalah seperti berikut:
| TAUHID | FIQH | TASAWWUF |
|---|---|---|
|
Risalah al-Tauhid Pengarang: Ustaz Abdul Ghani bin Yahya & Ustaz Umar Yusuf Penerbit: Al Hidayah Publication |
Idaman Penuntut Pengarang: Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya Penerbit: Al Hidayah Publication |
Hidayatus Salikin Pengarang: Syeikh Abd al-Samad al-Falimban Pentahqiq: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Penerbit: Galeri Ilmu |
| SEMASA MENDUDUKI UJIAN |
- Ujian penilaian ini mengandungi lapan puluh (80) soalan daripada (2) bahagian iaitu:
| BAHAGIAN A | Asas Fardhu Ain | 50 soalan |
|---|---|---|
|
1. Tauhid; 2. Fiqh; 3. Tasawwuf; dan 4. Tajwid – (bagi permohonan kategori M2) |
||
| BAHAGIAN B | Nilai | 30 soalan |
| JUMLAH | 80 soalan | |
| BAHAGIAN B | Nilai | 30 soalan |
|---|
- Masa menjawab yang diperuntukkan adalah selama 1 jam 30 minit sahaja.
- Jawapan hendaklah dihantar sebelum tamat tempoh masa yang ditetapkan.
- Sekiranya tidak menjawab atau menjawab selepas tamat tempoh yang ditetapkan atau menutup sistem, maka permohonan Tuan/Puan akan dibatalkan.
- Pemohon DILARANG untuk membuat sebarang bentuk salinan, simpanan, tangkap layar atau sebar mana-mana bahagian soalan ini.
| SELEPAS MENDUDUKI UJIAN |
- Keputusan ujian penilaian akan diketahui serta-merta.
- Pemakluman juga akan diberikan melalui e-mel pendaftaran.
- Sekiranya lulus, pemohon boleh memilih tarikh temu duga dalam sistem.
Setiausaha
Jawatankuasa Tauliah MAIS